Skip to content
Lyric
Dive
Public playlists
My playlists
Search
Sign in
Seloka Cak Kun Cak
S.M. Salim & M.Nasir
Popularity · Low
+
Original
0
0
YouTube
Searching YouTube...
Lyrics
Original
Translation
Bilingual
Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu masyhur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa
Kelekaan jangan dikenang
lautan duka kelak direnang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang
Jika perhati bangsa dagang
kapak beliung di tangan memegang
kekayaan hendak diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang
Disulami syair termasyhur
Usahlah Berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana Khilaf tegur menegur
la la la la la la la
Kulitnya bersih hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikan bersih hati pun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih hati pun putih
Dialah Khazanah pintu terpilih
Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung.