Skip to content
Lyric
Dive
Public playlists
My playlists
Search
Sign in
Katakanlah Kepadaku
Tushee
Popularity · Low
+
Original
0
0
YouTube
Searching YouTube...
Lyrics
Original
Translation
Bilingual
Katakanlah, kepadaku
Adakah engkau sayang pada diriku?
Katakanlah, terus terang
Agar kutahu perasaan hatimu
Jangan biar, ku tertunggu
Makin lama kurasa resah, gelisah
Jika benar, engkau sayang
Buktikan cintamu kepada diriku
Janganlah kau perdayakan
Perasaan hati ini
Tak guna berpura-pura
Nanti hatiku terluka
Kalau engkau tidak suka
Biar aku bawa diri
Kerana aku tahu siapa diriku
Buahlah naga
Di atas dahan
Hati dah suka
Tidak boleh tahan
Daun mengkudu
Di dalam perahu
Hatiku rindu
Tak siapa tahu
Buah kelapa
Jatuhnya melayang
Hendak kulupa
Semakin sayang
Cinta bukannya paksaan
Lahir dari hati murni
Cinta bukan permainan
Tak boleh dijual beli
Kalau sudah tiba masa
Pasti jodoh datang jua
Itulah saat yang indah, paling bahgia
Apalah guna
Intan dan permata
Jikalau cinta
Tidak bahgia
Luka di mata
Nampaklah darahnya
Hati yang luka
Pedihnya di dada
Puaslah aku
Mencurahkan rindu
Akhirnya aku
Ditinggal selalu
Katakanlah, kepadaku
Adakah engkau sayang pada diriku?
Katakanlah, terus terang
Agar kutahu perasaan hatimu
Jangan biar ku tertunggu
Makin lama kurasa resah, gelisah
Jika benar engkau sayang
Buktikan cintamu kepada diriku
Janganlah kau perdayakan
Perasaan hati ini
Tak guna berpura-pura
Nanti hatiku terluka
Kalau engkau tidak suka
Biar aku bawa diri
Kerana aku tahu siapa diriku