Skip to content
Lyric
Dive
Public playlists
My playlists
Search
Sign in
Kamu
Ben Ladin
Popularity · Low
+
Original
0
0
YouTube
Searching YouTube...
Lyrics
Original
Translation
Bilingual
Sanggup buat apa saja
Selagi dirimu di sampingku
Sanggup ku meredah susah
Selagi diriku di sampingmu
Kamu, kamu
Buat segalanya hanya untuk kamu
Kamu, kamu
Buat segalanya
Tatkala suara kotak hatiku berbunyi
Ku lemas atas dunia yang dikara
Asyik tahana diri yang cuma mahu bebas
Khas di ruang waktu, sewaktu jasad mula rimas dengan keadaan
Tanganmu memimpin tiap perjalanan
Saranan daku tabah, kurangkan alasan
Yang di alas terpateri jadi kebiasaan
Keputusan sembunyi di dalam samaran
Ungkapan lamaran hidup mati bersama
Terima tiap takdir merasa kita sama
Percaya kita walaupun drastik
Jadikan cinta kita dikenang bak lagu klasik
Dan ia, ianya dicatat di dalam bukuku
Namamu tidak asing diukir di jiwaku
Usah termangu, diganggu wahai kasih
Tetap ku tunggu tanpa buntu atau letih
Sanggup buat apa saja
Selagi dirimu di sampingku
Sanggup ku meredah susah
Selagi diriku di sampingmu
Kamu, kamu
Buat segalanya hanya untuk kamu
Kamu, kamu
Buat segalanya
Tatkala suara kotak hatiku berbunyi
Di ruang lapang jiwa masih tidak bersunyi
Kerana ada sifatmu yang sentiasa menghuni
Temani di kala bumi asyik menghakimi
Cara menolak ikatan hubungan tempuhi tiap onak
Meskipun cedera kamu lawan jadi lunak, serentak
Atas nada rendah
Kurang tinggi suara dan hayati tiap madah
Selami tiap bait puisi
Jika dijamin di sisimu bukan takat ku janji
Akan dipacak panji atas menara gading
Dan biar mereka perhati tiada yang setanding
Tiada yang dapat dibanding atas pertolonganmu
Jadi ku rela terima peluru dari sesiapa yang cemburu
Dan mula mengacu dan menarik picu
Demi kita, ku bantu meskipun
Sanggup buat apa saja
Selagi dirimu di sampingku
Sanggup ku meredah susah
Selagi diriku di sampingmu
Kamu, kamu
Buat segalanya hanya untuk kamu
Kamu, kamu
Buat segalanya
Akan selalu daku ada bersamamu kasih
Akan selalu daku ada di sisimu masih
Harungi segala cabaran, halangan bersama
Harungi segala kesedihan dan rintangan bersama
Harap ia akan kekal hingga penghujungnya
Harap semuanya bukan sebentar sahaja
Tetapi jikalau ianya bukan ditentukan
Bersama selamanya harap engkau dapat terima
Meski kita belum tahu apa yang berlaku
Meski kita belum tahu apa yang menunggu
Yang terpaksa tapi perlu
Yang datang belum tentu
Yang pulang lebih satu
Yang tinggal hanya aku
Sanggup buat apa saja
Selagi dirimu di sampingku
Sanggup ku meredah susah
Selagi diriku di sampingmu
Kamu, kamu
Buat segalanya hanya untuk kamu
Kamu, kamu
Buat segalanya