Skip to content

Cuba Teka Zapin Apa?

Popularity · Low

Listen

YouTube

0:00 / 0:00
Loading YouTube player...
Lyrics offset
Synced

Lyrics

Buah ceri penuh setalam Datang berduyun si semut hitam Teringat daku di zaman silam Cerita berlaku selepas aku khatam Bapaku kata aku akan jadi dewasa Dibuatnya satu kenduri kendara Hatiku riang gembira tidak terkata Kerana aku dirai macam raja Ku di julang (Sepanjang jalan) Ku di kompang (Kelepak-kelempang) Perasaanku melayang-layang Sudah datang (Ahai si ayam panggang) Alahai nakku makan bapak aku larang Buah nangka masak dibalut Buah melaka masak didapur Hati berdebar bertambah takut Jatungku pula bagai nak gugur Baru ku tahu diriku dah dikelentong Rasa macam nak sembunyi dalam tong Nampak Tok Mudim datang Naik motor tayar sotong Hendakku cabut alamak aku dikepong. Si Tok Mudim (Ahai nampak garang) Alahai pakai lebai bermisailah panjang Batang pisang (Ahai dah pun datang) Alahai badan lemah Pura-pura pengsan... Ku di pegang (Ahai kaki dah kejang) Alahai apa lagi. aku meraung panjang. (Sorong papan tarik papan) Suruh makan ditelan telan Suruh berkhatan lari satu pekan. Ku di pegang (Ahai kaki dah kejang) Alahai apa lagi. aku meraung panjang. (tolong) (Sorong papan tarik papan) (Suruh makan ditelan telan) (Suruh berkhatan) lari satu pekan...